NUFF

Sabtu, 28 Mei 2016

tahan lama

Assalamualaikum

Aku teringat waktu aku teman anak buah aku pergi beli selipar. Berikut perbualan aku dengan tauke kedai kasut :

Aku : Uncle, selipar ni tahan lama tak? ( aku syak kaki anak buah aku tajam, sebab tu selalu kena beli selipar)
Uncle : Tahan lama!!! Kalau .....
Aku : Kalau apa uncle?
Uncle : Kalau yu tak pakai.
Aku :

Ahad, 16 Oktober 2011

Jom Berperibahasa

Asalamualaikum,
Ketika sedang memunggah buku-buku lama tetibak* ja terjumpak* lak buku perumpamaan yang aku beli time darjah lima. Jadi, aku dengan bangganya nak share la serba sikit tentang perumpamaan tersebut. Jum!

1. Seperti batu jatuh ke lubuk.
 Maknanya : Menghilangkan diri secara senyap.
 Ayat          : Zaidon terpaksa menjadi seperti batu jatuh ke lubuk apabila terjumpa Encik Saidon yang suka menyaman pelajar akibat tidak memakai kad matrik.

2. Seperti ayam patuk anaknya.
Maknanya : Menghukum bukan bertujuan menyeksa, tetapi untuk mendidik.
Ayat          : Tindakan Cikgu Ramlah yang suka berleter dan memarahi pelajarnya seperti ayam patuk anaknya, ini jelas bahawa Cikgu Ramlah sayang cangat terhadap pelajarnya.

3. Bagai ayam mengeram telur.
Maknanya : Muka menjadi merah padam.
Ayat          : Setelah tamat Explorace Perpaduan anjuran Taman Mahsuri, muka Yayah dan Yeyeh bagai ayam mengeram telur akibat berjemur cahaya matahari untuk mencari check point.

4. Seperti belut pulang ke lumpur.
Maknanya : Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah puas merantau.
Ayat          : Hasmiza (bukan nama betul) telah pulang ke Malaysia setelah puas bermain salji di korea beliau seperti belut pulang ke lumpur walaupun beliau memang bukan belut.


5. Seperti katak kena simbah.
Maknanya : Orang yang terpegun dan tidak dapat menjawab sebarang soalan.
Ayat          : Osama seperti katak kena simbah air apabila ditanya secara terkejut oleh Puan Rihanna Ramlah mengenai soalan perakaunan kewangan. 


Uih penat gak wat ayat nih. Banyak lagi peribahasa melayu. Mari memperkasaan Bahasa Kebangsaan kita. Sekian....

Klik Ekk

ShareThis